• Craps, General 31.01.2009 33 Comments

    Tahu tak, semakin banyak blog yang saya baca semakin ‘terganggu’ fikiran saya dibuatnya? Sampaikan saya dah tak semangat nak update blog sendiri. haha. Jadi, baik jangan baca blog orang. hahahaha. Kidding!

    Selamat berhujung minggu!

    p/s – Jom temankan saya tengok wayang esok (Ahad) :wink:

    Tags: ,

  • Family 22.01.2009 40 Comments

    Ingat lagi tak pada Sofia Alia Kaisara? Kalau tak ingat, tak apa. Sini saya ada gambar terbaru beliau. :mrgreen:

    Sofia dah dua bulan sekarang ni. Gambar ni baru dapat tadi tapi tak sure pulak masa umur berapa bulan. Lupa nak tanya. ekeke. Can’t wait to show it to my mom~ wuhuu!

    p.s – Sorry,adjustment gambar tak menjadi. haha.

    p.s.s – Agaknya anak sedara si Nikillas dah besar mana ye sekarang? :roll:

    Tags: , ,

  • Read this conversation :

    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:10:56 AM): last sem ni
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:04 AM): bg pointer gempak cket
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:06 AM): huhu
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:22 AM): klu pointer 3 keatas afiq blanja ap akak nk mkan
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:23 AM): ok??
    ixorariana (1/22/2009 12:11:38 AM): wah,btol ke ni??
    ixorariana (1/22/2009 12:11:40 AM): haha
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:53 AM): seriuss
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:11:56 AM): hehe
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:00 AM): xmen2
    ixorariana (1/22/2009 12:12:23 AM): akak akan berusaha gigih!!
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:31 AM): bgos2
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:37 AM): klu 3pointer keatas
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:48 AM): afiq g kedah blanja akak
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:55 AM): xtipu nii
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:12:57 AM): hehe
    ixorariana (1/22/2009 12:15:46 AM): waaa.. kenapa la afiq tak cakap dr dulu..
    ixorariana (1/22/2009 12:15:51 AM): wuwuwu..!!
    Ahmad Afiq (1/22/2009 12:16:18 AM): dlu xde duet

    Mesej Afiq cukup ringkas tapi dia buat saya benar-benar terharu. Tak kisah la kalau dia sekadar bergurau dengan saya tapi kata-kata dia tadi buat saya bersemangat. Tak pernah ada orang yang cakap begitu pada saya sebelum ni. Sebab tu bila Afiq berjanji macam tu, saya rasa bersemangat pulak.

    Lagi bersemangat bila dia cuma ambil kira untuk sem ni je. Waaa..!!

    Terima kasih Afiq. Saya berdoa semoga Afiq dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Dan semoga adik saya jugak akan beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM beliau. Nanti boleh masuk U sama-sama. hahaha.

    Sekian untuk kali ni. haha.

    Bye!

    Tags: , , , ,

  • Cakap banyak pun tak guna. Semua dah tahu Meet Uncle Hussain menang AJL 23 semalam,kan? hehe.

    Tahniah pada Meet Uncle Hussain!

    Saya sendiri tak terfikir kumpulan ni akan menang. Ingatkan Faizal Tahir yang akan menang sebab beliau menang banyak kategori. Ternyata Juara Lagu berpihak kepada kumpulan indie. Sekali lagi tahniah buat Meet Uncle Hussain walaupun mereka tak baca blog ni pun. hahahaha.

    Jom layan lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-23 semalam :

    Tags: , , , ,

  • General 17.01.2009 18 Comments

    Kereta jiran saya kena pecah. Paling menarik, kejadian tu berlaku pukul 1pm. Time orang tengah siap2 nak pegi solat Jumaat. Dah la surau satu lorong dengan rumah saya je. Bayangkan la pencuri tu berani pecah kereta orang tengahari buta sedangkan dia tahu orang akan lalu lalang lorong depan rumah saat tu? ish3..

    Pencuri tu nak curi radio dalam kereta tu sebenarnya. Alarm bunyi dan lepas tu saya terdengar jiran saya jerit pencuri2. Huh, sekali dengan saya terkejut! Rasa berdebar je jantung masa tu. (Ni bukan kali pertama saya terkejut sebab kes macam tu. Tahun lepas, ingat lagi tak insiden rumah jiran sebelah kiri saya kena pecah masuk tu?)

    Kebetulan anak sedara jiran saya baru sampai. Dia nampak sorang lelaki dalam kereta dan sorang lagi tunggu kat motor. Orang yang tunggu kat motor tu siap tegur anak sedara jiran saya lagi; “takde pe bang.. takde pe”. Haha.

    Anak sedara jiran saya ni dah mula rasa pelik bila lelaki tu suruh kawan dia blah. Dia patah balik ke motor dia dan ambik rantai besi. Bila si pencuri ni nampak rantai tu, dia nak lari tapi anak sedara jiran saya sempat libas rantai tu dan terkena belakang pencuri yang bonceng motor tu. Menggeliat la jugak pencuri tu terkena rantai besi siap dengan mangga besar lagi kat hujungnya.

    Jiran saya siap kejar dengan pedang lagi tapi pencuri tu dah terlepas. Anak sedara dia pulak lepas dah libas rantai besi tu, dia pulak tersungkur. Kalau tak, memang sempat tangkap salah sorang pencuri tu. Jiran saya pun lambat keluar rumah sempat kelam kabut bukak mangga pintu. Kalau cepat sikit je, pencuri tu sure kena sembelih dengan pedang agaknya. haha.

    Mujur la tak sempat ambik radio dan kereta. Cuma cermin je la yang pecah. Radio tu pun sikit lagi je nak tertanggal. Ni kali pertama kereta jiran saya kena pecah dengan pencuri. Selama ni dia parking luar rumah tapi okay je. Dan mujur jugak anak sedara dia datang tepat pada masanya. Walaupun tak sempat tangkap tapi puas hati jugak la dapat belasah salah sorang pencuri tu dengan libasan rantai besi yang boleh tahan besar tu. Mesti berbirat belakang badan pencuri tu rasanya. hahaha.

    Moral of the story :

    jangan sangka orang yang sedang buat sesuatu pada sebuah kereta tu kononnya tengah repair kereta dsbnya. Dan jangan sangka bila alarm bunyi tu takde apa berlaku pada kereta anda. Better go and check before you switch off the alarm. (alarm toyota alphard jiran saya tu memang sensitif. kereta lain lalu walau bunyi kuat sikit je, alarm alphard tu mesti bunyi. pantang guruh sikit pn dah bunyi.tu pasal saya pn dah lali dengan bunyi alarm tu)

    *menurut jiran saya, set radio dan tv kereta dia tu berharga RM10,000. gila ah! ahahahah. patutla orang nak curi. huhu.

    Tags: ,

  • *entri panjang versi orang senang hati.. hahhahahah..
    *entri saya sangat hodoh jika diview melalui IE.guna Firefox please..

    Saya sangat gumbira hari ni. Banyak perkara baik berlaku hari ni (semalam sepatutnya).

    Okay.Pertama,hasrat saya untuk membeli pemain mp3 akhirnya tercapai. Niat asal saya cuma mahu beli MP3 player saja sebab saya kurang minat tonton video klip. Jadi,saya tak bercita-cita nak beli MP4. Dan, yang paling menarik ialah bukan MP3 atau MP4 yang saya dapat tapi sebaliknya benda lain yang saya beli.

    Memang niat asal saya cuma mahu beli pendrive dan MP3 player saja. Lagipun bajet saya terhad. Saya ada try test je hantar sms pada abang saya. Dalam hati;”kalau dapat RM50 pn jadi la”. Tunggu punya tunggu tapi dia tak reply. Sejam dua kemudian dia call. Siap cakap dah masuk duit lagi. Terkejut saya. Tak cakap pn nak berapa ringgit.. tup-tup dia masuk 4 kali ganda dari yang saya nak. huhu

    Dalam takut-takut,saya bagitau abang saya yang saya sebenarnya nak beli mp3 player. Ingatkan dia nak marah. Alih-alih dia tanya berapa harga. Saya cakap nanti saya survey harga dulu. Lepas tu dia siap cakap kalau tak cukup nanti call dia. hahahahhahah. Gila best abang saya!! Macam nak melompat je time tu :D

    Masa tengah survey MP3 player, jumpa satu kedai jual MP5 player.

    MP5??

    Tu first time saya baru tau ada MP5 player. Selama ni saya tau MP3 dengan MP4 je. haha.

    Masa tengah konpius nk beli MP4 atau MP5, saya akhirnya memilih MP5. Walau mahal sikit (mahal banyak,ok?) dari MP4 player tapi berbaloi kot. Satu sebab yang buat saya tertarik pada MP5 itu selain ada kamera ialah ia boleh letak video yang didownload dari You Tube secara direct tanpa perlu convert ke mana-mana format terlebih dulu.  

    Read more…

    Tags: , , , , , , ,

  • General, Tag 13.01.2009 14 Comments

    Tag CPR dari encik Demang yang telah menghapuskan kebosanan saya untuk meng-update blog. Terima kasih daun keladi. Lain kali tag la lagi. kui kui kui..

    1. Senaraikan 10 – 5 perkara tentang orang yang tag kamu :

    • Seorang lelaki berstatus suami orang dan bapak orang. kui3
    • Seorang kenalan di alam maya sejak tahun 2008
    • Baru berusia 28 tahun (saya sangka beliau lagi tua dr 28.hehe)
    • Baru berpindah tempat kerja ke negeri di utara M’sia (tak la baru sgt pn.hee)
    • Merupakan seorang blogger yang paling kerap buat tag dalam blognya. hahaha

    2. Tuliskan novel kegemaran kamu.

    • Novel berbahasa Melayu keluaran Alaf 21. Saya kurang minat novel Inggeris tapi kalau buku cerita kanak-kanak, saya minat la. hehe. Sebab? Aras bahasa untuk novel Inggeris agak tinggi sedangkan aras pemahaman saya dalam bahasa ini agak rendah. huu..

    3. Senaraikan 5-2 benda kesayangan kamu.

    • Handphone saya
    • Novel-novel saya
    • Err.. belum terlintas difikiran untuk benda ke-3

    Read more…

    Tags: , , , ,

  • Craps 07.01.2009 16 Comments
    Bored to blog!

    Bored to blog!

    I’m just tooooooo lazy to update any new story. And I’m just toooooo lazy to fly around. Sorry if I haven’t dropping by at your blog. I’m just lazy.

    I’m just fed up with this blog.

    For your information, I still have not upgrading my blog version since last month. Plus,there are 8 plugins that wait for me to upgrade them. I’m just so sick with ‘upgrading’ thing. So annoying.

    I’ll be right back once I feel like I have something to share with you.

    Till then, have a nice day people!

    Tags: , , ,

  • Cuti yang sebulan lalu saya isikan dengan menonton tv.. menonton tv dan menonton tv. Tiada internet. Tiada wayang. Tiada semua itu. Yang ada cuma tv dan radio sebagai peneman setia. SMS pun jarang-jarang. Saya rasa cemburu melihat adik-adik saya berSMS sakan sedangkan saya cuma mampu terkebil-kebil memandang penuh dengki pada mereka. hahaha.

    Akibat banyak menonton tv, saya jatuh cinta pada lagu tema Cinta Indah itu walau sinetronnya tidak dapat saya tonton sebab terpaksa berebut remote dengan dua adik perempuan saya yang gila menonton Big Is Beautiful. Kalau dulu saya benci tonton Intan tapi lama-kelamaan ter-follow jugak. Cis! Mau tak tengok, asal duduk depan tv je, balik-balik cerita Indonesia memanjang. Salahkan ASTRO sebab banyak sangat tayang drama dari seberang.

    Tapi saya kagum pada adik lelaki saya sebab dia minat sungguh menonton Discovery Channel. Dia cukup anti bila adik perempuan saya tengok cerita Indonesia sebab bila diorang tengok tv, dia tak dapat tengok channel favorite dia. hehe.  Kalau saya pulak, balik-balik Channel V, MTV dengan Hitz.TV sampaikan adik perempuan saya anti dengan saya. Tak sempat dengar satu lagu sampai habis, adik saya dah bawak lari remote. Cisdel betul! Tunggulah saya dah kaya nanti, saya beli tv tiga empat bijik lepas tu pasang ASTROK. hahahha.. berangan la!

    Read more…

    Tags: , , , , , , ,

  • Tahun baru.

    Azam baru.

    Azam??

    *kemaskini pd 4 Jan 09

    Oh,tak! Saya tak pernah ada azam yang spesifik. Azam yang biasa-biasa ada la. Tapi tahun ni saya mahu ada azam. Azam saya ialah mahu mencari seorang boyfriend sebelum usia saya genap 24 tahun. hahaha. Memang jodoh pertemuan di tangan Tuhan tapi kalau tak usaha, masakan jodoh tu datang bergolek.Kan?

    Okay,saya takda point sebenarnya. Setelah sebulan lebih tak-ber-internet, saya pun tak tahu nak tulis apa. Nak kemaskini blog pun malas rasanya. Entri ini pun tercetus sebab saya tak tahu nak buat apa saat ni. Jadi, maaf kalau entri ni hanyalah entri sampah yang membuang masa sesiapa jua yang membacanya.

    Sekian.

    Tags: