semalam, tengah syok layan You Tube tetiba ada orang bagi salam. jenguk ke luar, nampak van DHL berhenti depan rumah. rupa-rupanya orang tu nak hantar tv. ya,televisyen. aku terpinga-pinga seketika. mana taknya, aku tak tahu menahu bila masa diorang ni beli tv baru. aku konpius ala-ala cipan tertelan rambutan..
aku pandang je kotak tv yang tertera perkataan Sharp kat depannya tu bersama gambar sebuah tv LCD 32″ dengan pandangan yang blur. sambil menurunkan tanda tangan serta no. i/c pada satu kertas, aku teragak-agak sama ada mahu suruh orang tu angkat tv tu masuk dalam rumah atau biar je kat depan pintu. last-last aku aku biar je dia letak depan pintu. nasib baik kotak tu tak berat sangat. kalo tak, masak la aku nak angkat. kui3
otak aku ligat berpikir seligat orang main gasing. macam tak logik pulak diorang nak beli baru sebab tv yang kat ruang tamu tu belum setahun beli. dah tu, dah ada 42″ Plasma tv, buat apa nak beli 32″ LCD tv pulak kan? tu yang aku musykil tahap tenuk tu semalam. nak kata beli untuk letak dalam bilik, dalam bilik diorang dah ada tv dah. 29″ pulak tu.
baru aku tau.. tv tu dapat percuma rupa-rupanya. aku ingatkan diorang baru beli. tv baru ni dapat percuma sebab kak chaq apply kad kredit ambank. oooh.. baru aku paham!terungkai dah misteri nusantara semalam. hahahah.
moral of the story : apply la kad kredit untuk dapat tv percuma. kui3











