Salam ramadhan yang ke-20
Buat rakan-rakan yang terbaca blog ni baik secara sengaja ataupun tak sengaja, saya harap anda dapat ‘bersopan’ ketika meninggalkan komen. Kalau tak suka dengan entri dan blog saya, saya minta anda klik butang X dihujung kanan anda dengan SERTA MERTA. Boleh kan?
Ada bermacam jenis blog dalam dunia internet ni. Ada blog yang berilmiah dan ada yang lebih kepada catatan peribadi. Tak semua blog kita suka baca. Saya faham. Dan kalau kita tak suka sesuatu blog tu, tak perlu la susah-susah baca. Tuan punya blog tak pernah paksa anda baca kan?
Cuma bila anda suka baca blog tersebut tetapi ada beberapa perkara yang anda tak suka tentang blognya, seperti Auto Play Audio etc, beritahulah tuan punya blog baik-baik. Dan kalau tak suka tuan punya blog letak word verification pada kotak komen (untuk pengguna blogspot terutamanya) beritahulah dia. Minta dia pertimbangkan untuk buang word verfication yang melecehkan tu.
Itu tentang blog.
Berbalik pada komen. Dari dulu lagi saya tak pernah kisah apa jua komen yang orang tulis pada saya. A simple hi pun ok. Malah kalau nak komen yang takde kaitan dengan entri pun saya terima. Sebab saya tak kisah pasal tu. Itu saya la. Jangan buat begitu pada blog lain sebab tak semua tuan punya blog boleh terima.
TAPI,
Kalau anda nak tinggalkan komen LUCAH, sila berambus dari blog saya! Be nice to me and I’ll be nice to you. Is it clear with you? ![]()
Saya tak tahu kenapa entri saya bertajuk “Catatan seorang gadis yang bosan” [klik pada tajuk untuk bacaan lanjut] yang saya tulis pada bulan Januari lalu selalu orang baca dan komen. Saya baca semula entri tu dan saya tak jumpa apa-apa yang saya rasa buat orang terfikir entri tu entri lucah. Saya cuma tulis aktiviti yang saya buat sepanjang saya bercuti di kampung. Itu sahaja. Dah lama saya perasan hal ni tapi saya terdetik untuk ungkit semula bila ada komen-komen kurang ajar dalam entri tu.
Bengong!
Kurang dah pahala saya menyumpah-nyumpah orang pagi-pagi ni. haih.![]()
wassalam.






aku pn tak paham kenapa org nak tinggal komen2 tak patut kt blog ko ni..isk isk isk..kenapa la jahat sangat diorang tuh?
|1f34|-|1r3´s last blog ..Take a good care of your pet
taktau la.. musykil gak ni apsal tinggal komen bangang cmtu. bosan terlampau kot..tu psl bg komen gila cmtu
sabar sygku…sabar..!
i sabar la ni..hehe
akak..apply la mara~ kan open sampai 27 sep ni
Izad´s last blog ..Please..Please..Please…
err..apply Mara? utk apa tu? sorry terblur jap..
mmm….sabar je la…
sampah2 gersang mcm tu memang bertaburan kt alam siber ni…
kene sebijikkk… haha
sabar la.. manusia-manusia tak guna macam tu memang banyak..
maoi´s last blog ..kaki pukul
Biasa la ixora, blog BS pon pernah kene gak.. lagi la, siap mencarut..
Ape pon, kita tak boleh nak halang, unless blog kita private lah..
Sabar k..
Bg aku, blog yang kita buat sendiri adalah hak kita nak tulis apa.. kan?
Kita bukan tulis untuk dia je.. lgpon, orang yang komen ni kita tak paksa.. dan tak paksa baca pon..
its ok.. biasa la dalam dunia ni.. bukan dalam blog je kita akan jumpa orang mcm tuh..
rilex.. and be happy tau…
chow chin chow.. hehe..
sabarlah.
kak nana pun selalu kena. selalu dpt komen mcm ni:
“eh nana, kau ingat kau bagus sgt ke? tulis blog ntah apa2.”
tapi, masih nak baca. pelik kan?
kak nana´s last blog ..Tag; Pecah rahsia. (walaupun ini bukanlah rahsia sangat)
rilek je…saya rasa keyword search tu yang tetiba sampai ke blog awak..
zuriaf´s last blog ..090909
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
lama sudah tak singgah ke sini.
spesis loser semua tu.. jgn layan sudah
selamat hari raya
geneticthylon´s last blog ..Diary Hari Raya pemuda berusia “40-an” (Hari ke-2 : sambal kacang aftermath)
hahahahahahahha
dah baca komen2 bongok kat entri cacatan gadis yang bosan tu.. macam bangang je. nape tak delete ixora?
nono´s last blog ..What does happiness means to you?