Salam buat sesiapa saja yang baca entri kali ni,
Kekangan masa buat saya tak sempat update blog ni. Dah 11 hari saya kerja. Penat woo.. balik kira nak tido je. Bangun esoknya terus pegi keja. Tak sempat dah nak update walau banyak cerita yang nak dikongsi.
Buat perempuan-perempuan yang suka beli kasut tu, sila la tetapkan pendirian anda. kalau betul-betul mahu kasut berkenaan, baru la suruh sales assistant ambil size kasut yang dikehendaki. Kalau sekadar nak mencuba, tak payah gatal-gatal nak suruh ambil kasut baru.
Baru saya tahu, lain warna bagi setiap kasut yang di-display tu mewakili kod berlainan. Maksudnya, kalau kasut tumit tinggi yang ada di rak display warna hitam, tak semestinya kasut tumit tinggi warna putih yang sama design juga disusun di rak yang sama. Faham tak?
Kalau setakat nak mencuba kasut yang sama design tapi berlainan warna, tolong la jangan menyusahkan sales assistant yang ada di situ untuk mengambil pasangan kasut yang sedang anda cuba tu semata-mata nak lihat cantik atau tak bila anda mengenakan kasut tersebut di kaki anda. Kalau kaki dah kembang macam itik, tak payah gatal-gatal nak perasan lawa.
Maaf kalau saya kasar bahasa. Memang saya sengaja. Penat mahu melayan kerenah pelanggan. Mahu cuba dua tiga pasang kasut, tapi tak beli pun akhirnya. Ingat senang ke nak panjat tangga nak ambil kotak kasut yang disusun bertingkat-tingkat dalam stor yang sempit tu?
Pelanggan berbudi, saya berbahasa. Saya tak kisah dia mahu cuba berapa pasang kasut sekalipun asalkan dia reti menggunakan budi bahasa yang menyenangkan telinga saya. Kalau dah nampak pelanggan tengah ramai, jangan la harapkan layanan 5 bintang dari sales assistant. Mahu dilayan seperti V.I.P tapi langsung tiada budi bahasa, sila angkat kaki dari situ okay?
Tips mahu membeli kasut baru, sila pastikan anda benar-benar mahukan kasut yang dilihat di rak display dan minta saiz yang sesuai dengan kaki anda dari sales assistant. Kalau dah tahu kaki tu tak padan dengan saiz yang dicuba, tak payah la mintak sales assistant bawa kasut baru yang tiada saiz anda. Dah terang-terang saiz yang diminta tiada, tak payah la nak susahkan orang lain.
Saya ikhlas kerja disitu. Cuma saya tak suka layan kerenah pelanggan yang kurang ajar. Dah nampak saya sedang sibuk layan pelanggan lain, dia mahu marah-marah pulak. Awak datang lambat, sila la bersabar dulu. Itu pun tak reti ke? Dah diberi harga murah, masih mahu mintak kurang lagi. Ingat pasar malam ke? Ni shopping complex,okay?
Bersambung lagi di masa akan datang. Saya tak pasti bila saya akan free. Harap-harap saya dapat kerja yang saya pergi interview petang tadi. Bukan tak suka kerja sekarang tapi durasi kerjanya terlalu panjang. Dan paling buat saya susah hati, petang raya masih kena kerja. Wo3.. takkan nak balik kampung pagi raya kot? huii..
Salam permisi.
Bye!











