B.O.S.A.N
Saya pun hairan kenapa satu perkataan ni yang paling hangat di blog saya. Setiap kali saya login ke dashboard, perkataan ni la yang paling hit kat statistik blog saya.
Tapi betullah cakap kamu. Bila search perkataan ‘bosan’ pada Google, salah satu entri saya ada tersenarai pada senarai carian Google. Cuma bila saya cuba search melalui Yahoo, saya tak jumpa pula entri blog saya tu.
Bagi saya, bosan tu bukan bererti saya malas. Tapi lebih tepat lagi kalau saya katakan saya jemu dengan rutin harian. Misalnya, setiap kali hujung minggu saya hanya terperap di rumah. Akibatnya saya dilanda perasaan bosan. Kenapa saya bosan? Hah, tentulah saya bosan kalau setiap kali hujung minggu saya cuma terkurung dalam rumah. Balik-balik surf internet dari pagi hingga ke malam. Tentulah membosankan. Siapa tak jemu menghadap internet 24 jam?
Mungkin bagi kamu, saya boleh isikan masa lapang saya dengan menyapu sampah, mencuci baju atau melakukan apa saja aktiviti lain yang lebih berfaedah.
Okay, biar saya beritahu kamu. Setiap hujung minggu selepas saya bangun pagi, saya akan buat kerja-kerja rumah. Waktu nilah saya akan vakum bilik dan sebagainya. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu saya akan buat perkara sama. Bestfriend saya boleh jadi saksi. Setiap kali dia sms saya, mesti saya tengah sibuk nak vakum rumah. haha.
Itu bukan pointnya.
Bukan saya mahu beritahu kamu tentang ‘kerajinan’ saya tapi kalau saya tak beritahu di sini kamu akan anggap saya tak buat apa-apa kemudian merungut bosan. Jadi,saya beritahu siap-siap apa saya buat setiap kali hujung minggu. Cuma, sebagai manusia biasa saya pun reti jemu terhadap sesuatu. Bila dah habis buat kerja rumah saya dah tak tahu nak buat apa. Kesudahannya, saya membuang masa diinternet. Lepas tu keluarlah entri-entri sebegini. ![]()
Mungkin banyak lagi perkara lain yang boleh kita buat bila bosan, kan? Cuma kita mungkin takkan buat perkara-perkara remeh yang akan hanya menambahkan rasa bosan di hati. Jadi, tak perlu salah anggap. Bila saya luahkan saya sedang bosan, tak bermakna saya sedang malas buat kerja. Cuma, saya JEMU. Kamu faham kan? ![]()
Ah, sudah-sudah la merepek!
Jumpa lagi di lain entri. Saya dah semakin malas berblog sekarang ni. Huu… Bye~








