• Tag 04.10.2009 7 Comments

    Dah lama tak kena tag. terima kasih pada Mr BS sebab tag saya. sepatutnya saya buat sebelum raya lagi tapi takde mood nak update blog. hari ni saya nak langsaikan tag ni sebelum ianya expired. hehe.

    1. Apakah yang saya lakukan 30 min yang lalu?

    Mandi

    2. 2 jam yang lalu?

    Transfer file through YM; amik gambar minggu lepas dari kawan.

    3. Minggu lepas?

    Pada 27 Oktober lepas bersamaan pukul 9:58pm saya sedang bersms dan bergayut di telefon dengan kawan sementara tunggu waktu untuk bertolak balik ke KL sejam kemudiannya.

    4. Tiga lagu yang saya boleh dengar berulang kali :

    • Taylor Swift – You Belong With Me
    • Kelly Clarkson – Already Gone
    • Agnes Monica – Teruskanlah

    5. Tiga binatang yang saya tidak suka :

    • Anjing
    • Ulat (ini spesies binatang ke?)
    • Nyamuk (ini pun binatang jugak ke?)

    6. Lima fakta tentang saya :

    • Perempuan (bukan lelaki mahupun pondan atau maknyah)
    • Bujang (single dan sentiasa available.hehe)
    • Islam
    • Melayu (bukan Jawa, bukan Siam)
    • Warganegara Malaysia (bukan warga Indonesia mahupun Myanmar atau lain2)

    7. Tahun depan mungkin saya…

    Dah ada seorang kakak ipar.. 

    8. Saya tak reti sangat…

    upgrade blog. dah banyak kali cuba tapi failed. waaaa T_T

    9. Saya pandai…

    makan. hahaha.

    10. Kawan saya…

    kebanyakannya perempuan. saya kurang ada kawan lelaki.

    11. Saya ada..,

    • sepasang subang huruf Z yang saya pakai lebih 10 tahun dah
    • sebuah mp5 yang saya beli tanpa sengaja. hehe.
    • 2 pasang baju raya sahaja tahun ni. huhu

    12. Saya seorang yang…

    lemah lembut, sopan santun dan pemalu. sila muntah. ha3
    13. Adik saya…

    semuanya pandai menunggang motorsikal kecuali saya sahaja. wu3

    14. Saya tak pernah bosan dengan…

    • internet (hari-hari saya online)
    • muzik (hari-hari saya dengar lagu)
    • kehidupan saya

    15. Bilakah kali pertama bercinta?

    Pertama kali bercinta secara serius ketika usia…tettt!

    16. Perkara yang orang tak percaya tentang saya…

    Saya masih tiada boyfriend. huhu

    17. Saya rindu…

    SOFIA ALIA KAISARA

    18. Saya tak sabar…

    Nak ada kerja tetap, bayar hutang PTPTN dan hutang adik + abang + kakak saya.

    19. Lima laman yang saya selalu layari…

    • Facebook
    • Blog
    • Cimbclicks
    • Yahoomail
    • Gmail

    20. Saya mahu tag…

    • Cikf
    • Q
    • ….. (difikirkan kemudian)…..

    Sekian untuk kali ni. Semua jawapan di atas adalah fakta bukan auta,ok.

    hehehehe.


    Tags: , ,

  • General 28.09.2009 8 Comments

    selamat hari raya yang ke-9

    saya tak paham kenapa kamu mahu tinggalkan komen-komen yang menyakitkan hati saya. kalau kamu tak suka blog saya, kenapa kamu baca?

    saya tak sempat nak update blog ni selalu. saya sibuk dengan kerja. untuk sesuaikan diri dengan situasi baru, saya perlukan masa. sebab tu saya tak dapat nak update blog dan balas komen seperti dulu.

    kalau kamu rasa blog ni perlukan penambahbaikan, sila beritahu saya. saya tak pandai nak berblog seperti kamu. justeru saya minta maaf kalau entri-entri saya cuma membuang masa kamu untuk membacanya.

    sebelum terlupa, saya harap nama-nama yang saya sebutkan di bawah ni dah selamat terima kad raya dari saya.

    • Buzzybug
    • Mr Bilik Sebelah
    • Avataraang
    • Rean
    • Syam
    • Nurnana
    • Mushroomcute
    • Sood
    • Nasron al Jauhari
    • Lydia
    • Haqi

    Maaf zahir batin untuk segalanya.

    wassalam.

    *nama-nama di atas adalah untuk senarai rakan-rakan maya sahaja.mungkin ada yg sy tercicir..

    Tags: , ,

  • General, Tag 22.02.2009 13 Comments

    Peraturan tag ini ialah:

    1. Salin Badge untuk diletakkan di blog anda.

    cutesbloggeraward1

    2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

    Award ini diberikan oleh saudara Hairieussof atau lebih dikenali sebagai HE. Terima kasih banyak-banyak, HE! Beliau merupakan salah seorang kenalan blogger yang telah saya kenali sejak  dua tahun lepas [mungkin]. hehe. Tak ingat bila saya kenal HE tapi HE memang salah seorang blogger yang paling lama saya kenal sejak saya join wordpress. Beliau sekarang sedang menuntut di Jepun dan telah berkeluarga. Mempunyai dua puteri yang sangat comel.. :mrgreen:

    3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

    5 Fakta mengenai diri saya :

    1. Saya tidak tahu jenis darah saya. ini adalah fakta. hahaha.:roll:
    2. Saya sedang cuba untuk menghabiskan baki pengajian saya pada semester ini. Sepatutnya saya habiskan pengajian saya pada semester lepas namun oleh sebab salah satu subjek major saya tidak ditawarkan dalam semester lepas, saya terpaksa ambil pada semester ini. Salah satu subjek lain juga tidak dapat saya ambil pada semester lepas kerana tidak memenuhi syarat pre-requisite subject.
    3. Saya mempunyai kulit yang agak sensitif. Masa saya kecil dahulu, badan saya selalu terkena ‘kelopak garam’ [kadang-kadang orang kata hantu ludah dan bermacam teori tak munasabah lain]  Sekarang pun sama. Pantang nyamuk gigit sikit pun habis merah-merah satu badan [saya tipu je.tak la sampai satu badan.hehe] :mrgreen:
    4. Saya mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada 2 Julai 2005. [sebelum tu pun penah datang KL tapi tu sekadar lawatan]
    5. Saya merupakan seorang pengguna Hotlink yang setia sejak Ogos 2005 dan bertukar ke Maxis pada Januari 2009. Malahan, saya mempunyai 13 caller ringtone yang saya langgan sejak 2005 dengan caj bulanan cuma RM3 [sebab saya masih tidak upgrade caller ringtone saya] :wink:

    5 Hobi saya :

    1. Saya sangat suka mendengar radio berbanding menonton tv.
    2. Saya suka tonton wayang bercorak komedi.
    3. Saya takde idea.. nanti saya update hobi saya.

    4. Saya mahu tag :

    1. Izad amza [pasal tag dia saya blom jawab lagi]:mrgreen:
    2. Landaklaut [puan LL adalah blogger pertama yang beri saya award] :razz:
    3. Nikillas [salah seorang yang penah beri award juga]

    *sila abaikan tag ini kalau dah penah buat atau kalau malas buat :)

    Tags: , , , , , ,

  • My Diary 18.02.2009 Enter your password to view comments

    This post is password protected. To view it please enter your password below:


    Tags: , , ,

  • General 15.02.2009 Enter your password to view comments

    This post is password protected. To view it please enter your password below:


    Tags: , , ,

  • General 11.02.2009 28 Comments

    Saya punya masalah.

    Katakanlah saya ada seorang kawan bernama Mike[bukan nama sebenar]. Hampir setiap orang kawan saya yang lain tidak percayakan Mike. Menurut mereka, Mike tidak boleh dipercayai. Masalahnya, Mike tak buat sesuatu yang boleh membuatkan saya rasa dia tu tak boleh dipercayai.

    Jadi, patutkah saya percaya pada si Mike itu atau percayakan kata-kata kawan saya?

    Read more…

    Tags: , ,

  • *entri panjang versi orang senang hati.. hahhahahah..
    *entri saya sangat hodoh jika diview melalui IE.guna Firefox please..

    Saya sangat gumbira hari ni. Banyak perkara baik berlaku hari ni (semalam sepatutnya).

    Okay.Pertama,hasrat saya untuk membeli pemain mp3 akhirnya tercapai. Niat asal saya cuma mahu beli MP3 player saja sebab saya kurang minat tonton video klip. Jadi,saya tak bercita-cita nak beli MP4. Dan, yang paling menarik ialah bukan MP3 atau MP4 yang saya dapat tapi sebaliknya benda lain yang saya beli.

    Memang niat asal saya cuma mahu beli pendrive dan MP3 player saja. Lagipun bajet saya terhad. Saya ada try test je hantar sms pada abang saya. Dalam hati;”kalau dapat RM50 pn jadi la”. Tunggu punya tunggu tapi dia tak reply. Sejam dua kemudian dia call. Siap cakap dah masuk duit lagi. Terkejut saya. Tak cakap pn nak berapa ringgit.. tup-tup dia masuk 4 kali ganda dari yang saya nak. huhu

    Dalam takut-takut,saya bagitau abang saya yang saya sebenarnya nak beli mp3 player. Ingatkan dia nak marah. Alih-alih dia tanya berapa harga. Saya cakap nanti saya survey harga dulu. Lepas tu dia siap cakap kalau tak cukup nanti call dia. hahahahhahah. Gila best abang saya!! Macam nak melompat je time tu :D

    Masa tengah survey MP3 player, jumpa satu kedai jual MP5 player.

    MP5??

    Tu first time saya baru tau ada MP5 player. Selama ni saya tau MP3 dengan MP4 je. haha.

    Masa tengah konpius nk beli MP4 atau MP5, saya akhirnya memilih MP5. Walau mahal sikit (mahal banyak,ok?) dari MP4 player tapi berbaloi kot. Satu sebab yang buat saya tertarik pada MP5 itu selain ada kamera ialah ia boleh letak video yang didownload dari You Tube secara direct tanpa perlu convert ke mana-mana format terlebih dulu.  

    Read more…

    Tags: , , , , , , ,

  • General 12.11.2008 35 Comments

    Lots of people were born in this month. Maybe I can’t remembered all but I really wanna wish a happy grateful birthday to you. May you live longer and healthy all the the time. Ah, ignore my grammar mistake please! hahaha. I want you to know that I always pray the best for you no matter we are just a virtual friend.

    A warm wish specially from me to :

    zwani.com myspace graphic comments

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    **Correct me if I put your birthday wrongly**

    Tags: , , ,

  • Tag 06.11.2008 32 Comments

    Pernah tak rasa hidup ni KOSONG sangat-sangat? Rasa sepi,sunyi dan ‘kosong‘. :neutral:

    Okay, tak payah cakap banyak! Layan aje lirik di bawah ni (takde kaitan pn sebenarnya)

    Sebenarnya..

    rasa kosong itu menjengah bila hati kesepian. Rasa kosong bila tiada teman berbicara.

    Sama juga dengan ibu bapa yang kesepian bila anak-anak mereka jarang pulang ke kampung halaman. Rumah yang besar kosong tak berpenghuni. Tiada gelak ketawa. Yang ada cuma kesunyian. :sad:

    Rasa kosong bila hati yang satu itu belum terisi. Melihat orang lain yang bergembira membuatkan hati bergundah gulana. :sad:

    Dah.Dah.

    Sambung esok pula.

    Bye.

    p.s – Q, saya dah jawab dengan sepantas kilat yg boleh~

    Tags: , , , , ,

  • General 03.11.2008 39 Comments

    Tadi Miss F ajak keluar. Last minute pulak tu beliau sms. Saya pun sms Miss S pulak masa tengah tengok Melodi (setelah berbulan tak tengok Melodi sebab ada kelas). Mujur Miss S tak marah sebab ajak last minute. hehe. So, kami jumpa kat KL Sentral dalam pukul 3.30 pm (sorry lambat sebab hujan pulak tetiba)

    Bila dah plan pun last minute, kami bertiga takde idea nak ke mana. Last-last end up pegi KLCC. Dah tu, hujan pulak kat luar. Tak dapatlah nak lepak luar. So, pegi tengok wayang. Pun last minute decide. Sampai kaunter;

    “Cite ape yang tayang sekarang?”tanya saya

    Dan mamat kaunter tu pun klik la cari wayang yang tayang sekitar pukul 5pm. Dan dia sebut satu movie yang saya tak ingat tajuk apa. Saya reject. Bunyi macam tak best. haha. Seat pun tinggal yang tak best.

    Budak Kelantan? Budak Kelantan best tak?”terdengar Miss F beri cadangan

    “Best ke Budak Kelantan?”tanya saya kurang setuju. “Erm,tengok je la apa-apa cite yang tayang sekarang ni. Yang pukul 5.30 ada?”sambung saya

    Bangkok Dangerous dah tengok?”tanya mamat kaunter

    Saya toleh dan tanya Miss F dan Miss S. Diorang cakap belum tengok lagi. Okay je kalau nak tengok.

    “Okaylah. Bangkok Dangerous. Tengok yang tu je la”kata saya membuat keputusan

    Ini la jadinya kalau keluar tanpa perancangan. Nak pusing-pusing KLCC pun tak menarik. Mujur ada jugak TGV. Time tu kalau ajak tengok cerita Tamil pun saya mungkin setuju sebab dah takde idea nak pegi mana. ha ha ha. Apa-apa pun Bangkok Dangerous boleh tahan jugak ceritanya. Sekurang-kurangnya dapat jugak isi masa kosong. Paling penting, dapat jumpa Miss S dan Miss F yang dah lama tak jumpa tu. =)

    p.s – Sebenarnya masalah saya dah selesai. Kalau belum selesai, jangan harap saya setuju nak keluar siang tadi. Syukur pada Allah yang beri saya kesempatan ambil exam kali ni. Alhamdulillah.

    p.s.s – Selamat menjawab peperiksaan buat teman-teman blogger yang mula final exam esok. Saya doakan kamu dapat jawab dengan baik. amin. (saya punya exam minggu depan mula) :P

    Tags: , , , ,