• General 28.09.2009 8 Comments

    selamat hari raya yang ke-9

    saya tak paham kenapa kamu mahu tinggalkan komen-komen yang menyakitkan hati saya. kalau kamu tak suka blog saya, kenapa kamu baca?

    saya tak sempat nak update blog ni selalu. saya sibuk dengan kerja. untuk sesuaikan diri dengan situasi baru, saya perlukan masa. sebab tu saya tak dapat nak update blog dan balas komen seperti dulu.

    kalau kamu rasa blog ni perlukan penambahbaikan, sila beritahu saya. saya tak pandai nak berblog seperti kamu. justeru saya minta maaf kalau entri-entri saya cuma membuang masa kamu untuk membacanya.

    sebelum terlupa, saya harap nama-nama yang saya sebutkan di bawah ni dah selamat terima kad raya dari saya.

    • Buzzybug
    • Mr Bilik Sebelah
    • Avataraang
    • Rean
    • Syam
    • Nurnana
    • Mushroomcute
    • Sood
    • Nasron al Jauhari
    • Lydia
    • Haqi

    Maaf zahir batin untuk segalanya.

    wassalam.

    *nama-nama di atas adalah untuk senarai rakan-rakan maya sahaja.mungkin ada yg sy tercicir..

    Tags: , ,

  • General 16.08.2009 17 Comments

    I wanna quit my current job!

    Baru 2 minggu keja tapi dah rasa tak boleh teruskan lagi. Masa rehat pun takde. Sudah la kerja 10 jam sehari. Mana tahan macam ni. 20 minit diperlukan untuk ke surau. Paling cepat pun 15 minit. Tu kira habis cepat dah tu. Jadi, bila dua tiga kali keluar ke surau setiap hari masa rehat satu jam dah hilang secara otometik. Gila ah! Robot boleh la tak makan. Ini manusia.

    Banyak sebab yang buat hati rasa kurang senang untuk kerja di situ. Bukan kerana kerenah pelanggan yang bermacam ragam tapi kerenah orang-orang terdekat yang buat diri rasa seperti dibuli?. Sepanjang 2 minggu kerja ni, takde pun tak buat kerja seperti yang disuruh. Tiap-tiap pagi sapu sampah, mop lantai dan cuci rak kasut. Serve customer setiap kali customer masuk. Dan jarang sekali keluar merayau bila customer takde. Tapi ada saja kesalahan yang diorang tegur.

    Bukan berniat mahu merungut cuma kerja ni takde life langsung. Keluar pagi dan balik malam. Cuti pun tak tentu. Masa rehat langsung tiada. Ada hanya bila tiada sesiapa yang cuti. Kalau salah seorang cuti, yang lain kena full. So, hanya boleh keluar beli makanan dan makan dalam kedai. Kerja apa takde masa rehat? Memang la customer bukan 12 jam masuk dalam kedai tu tapi at least biar la ada masa rehat walau setengah jam pun. Rehat yang betul-betul rehat la. Bukan sekadar rehat bila kedai takde customer je. Itu bukan rehat tapi berehat [kot].

    Stress la. Tambah-tambah bila orang lain pun persoalkan kenapa saya je yang buat kerja? Yang lain tak. Mulanya saya tak kisah tapi kalau dah orang luar boleh nampak ketara, hati pun mula la terfikir bukan-bukan. Bekerja dengan orang yang tak ikhlas bekerja memang susah. Saya dah cuba sehabis ikhlas untuk terima pekerjaan ni sementara saya dapat kerja yang betul-betul stabil tapi nampaknya saya gagal.

    Nak kerja tu biar la kerja dengan hati yang ikhlas. Kalau boleh kerja la ditempat yang menyenangkan. Biar gaji sikit pun tak apa asal persekitaran tempat kerja tu menyenangkan hati. Baru la boleh kerja dengan tenang dan gembira. Bila hati tenang, pasti hati jadi ikhlas bekerja. Mungkin saya patut giatkan lagi usaha untuk cari pekerjaan baru.

    Kamu ada kerja kosong tak? Tolong beritahu saya ye. Jadi receptionist pun takpe. :)

    Kita jumpa lagi bila ada waktu terluang. (saya akan balas komen kamu bila saya lapang nanti ya)

    Wassalam.

    Tags: , ,

  • Salam buat sesiapa saja yang baca entri kali ni,

    Kekangan masa buat saya tak sempat update blog ni. Dah 11 hari saya kerja. Penat woo.. balik kira nak tido je. Bangun esoknya terus pegi keja. Tak sempat dah nak update walau banyak cerita yang nak dikongsi.

    Buat perempuan-perempuan yang suka beli kasut tu, sila la tetapkan pendirian anda. kalau betul-betul mahu kasut berkenaan, baru la suruh sales assistant ambil size kasut yang dikehendaki. Kalau sekadar nak mencuba, tak payah gatal-gatal nak suruh ambil kasut baru.

    Baru saya tahu, lain warna bagi setiap kasut yang di-display tu mewakili kod berlainan. Maksudnya, kalau kasut tumit tinggi yang ada di rak display warna hitam, tak semestinya kasut tumit tinggi warna putih yang sama design juga disusun di rak yang sama. Faham tak?

    Kalau setakat nak mencuba kasut yang sama design tapi berlainan warna, tolong la jangan menyusahkan sales assistant yang ada di situ untuk mengambil pasangan kasut yang sedang anda cuba tu semata-mata nak lihat cantik atau tak bila anda mengenakan kasut tersebut di kaki anda. Kalau kaki dah kembang macam itik, tak payah gatal-gatal nak perasan lawa.

    Maaf kalau saya kasar bahasa. Memang saya sengaja. Penat mahu melayan kerenah pelanggan. Mahu cuba dua tiga pasang kasut, tapi tak beli pun akhirnya. Ingat senang ke nak panjat tangga nak ambil kotak kasut yang disusun bertingkat-tingkat dalam stor yang sempit tu?

    Pelanggan berbudi, saya berbahasa. Saya tak kisah dia mahu cuba berapa pasang kasut sekalipun asalkan dia reti menggunakan budi bahasa yang menyenangkan telinga saya. Kalau dah nampak pelanggan tengah ramai, jangan la harapkan layanan 5 bintang dari sales assistant. Mahu dilayan seperti V.I.P tapi langsung tiada budi bahasa, sila angkat kaki dari situ okay?

    Tips mahu membeli kasut baru, sila pastikan anda benar-benar mahukan kasut yang dilihat di rak display dan minta saiz yang sesuai dengan kaki anda dari sales assistant. Kalau dah tahu kaki tu tak padan dengan saiz yang dicuba, tak payah la mintak sales assistant bawa kasut baru yang tiada saiz anda. Dah terang-terang saiz yang diminta tiada, tak payah la nak susahkan orang lain.

    Saya ikhlas kerja disitu. Cuma saya tak suka layan kerenah pelanggan yang kurang ajar. Dah nampak saya sedang sibuk layan pelanggan lain, dia mahu marah-marah pulak. Awak datang lambat, sila la bersabar dulu. Itu pun tak reti ke? Dah diberi harga murah, masih mahu mintak kurang lagi. Ingat pasar malam ke? Ni shopping complex,okay?

    Bersambung lagi di masa akan datang. Saya tak pasti bila saya akan free. Harap-harap saya dapat kerja yang saya pergi interview petang tadi. Bukan tak suka kerja sekarang tapi durasi kerjanya terlalu panjang. Dan paling buat saya susah hati, petang raya masih kena kerja. Wo3.. takkan nak balik kampung pagi raya kot? huii..

    Salam permisi.

    Bye!

    Tags: , , , , ,

  • Craps 29.03.2009 19 Comments

     

    Another weekend.. full of boredom. D’oh!

    Tags: , ,

  • General 06.03.2009 17 Comments
    Salam,

    Maaf kalau lambat balas komen. Dan maaf jugak pasal dah lama tak hinggap mana-mana blog. Saya ada je kat sini malah tetiap hari saya online. Cuma sejak seminggu dua ni internet saya slow nak mampos.. nak login dan klik ke dashboard saja amik masa lebih dari 3 minit. Tu belum kira untuk klik ke new post.. hampir 3 minit jugak saya terpaksa tunggu. Fedup tau!

    Nanti internet dah laju, saya terbang ke blog kamu ya.

    Oh,ya! Saya agak sibuk sikit dalam minggu ni. Ada dua tiga assignment yang saya kena siapkan. Minggu depan ada midterm dan kuiz. Hasrat untuk balik kampung nampaknya terpaksa saya batalkan. Bukan pasal test tapi kondisi kewangan tak berapa nak stabil.hmm..

    Saya tak boleh lama-lama kat sini. Kita jumpa lagi nanti.

    **Happy belated birthday to Mr Bilik Sebelah (5 March 19xx)! Hopes all your dreams come true :)

    Salam Jumaat dari saya,
    ixorariana

    Tags: , , , , ,

  • General 03.03.2009 13 Comments

    hf_bored

    The STRESS of MODERN LIFE can make real relaxation as an intangible dream and therefore will fill with anxiety and stress. If you take some time to learn the art of relaxation, you can easily ENJOY in life.

    What is Relaxation?
    ~ Refer to process or state with the AIM OF RECREATION THROUGH LEISURE ACTIVITIES and the opposite of stress or tension.

    Useful Relaxation Techniques :

    1. Now is the only, Time that is important

    • How often do we find ourselves worrying about the future?
    • Anxiety about the future takes up a significant portion of our thoughts.
    • But, to be honest, worrying about the future doesn’t help in any way.
    • If you always live in the past or future you will never be able to relax. To be in a state of relaxation means LIVING ONLY IN THE PRESENT MOMENT.

    2. Deep Breathing

    • With its focus on full, cleansing breaths, deep breathing is a simple, yet powerful, relaxation technique.
    • Deep breathing is the cornerstone of many other relaxation practices, too, and can be combined WITH OTHER RELAXING ELEMENTS SUCH AS AROMATHERAPY AND MUSIC.
    • All you really need is A FEW MINUTES AND A PLACE TO STRETCH OUT.

    3. A change is as good as a rest

    • Life should not be a constantly repeating soap opera. If you find yourself stuck in the same routine, DO   SOMETHING COMPLETELY DIFFERENT.
    • O FOR A WALK OR DO SOME SPORTING ACTIVITY. The change of scene and activity will help you relax and get away from the monotony and frustration of daily activity.

    4. Your environment Matters

    • Where you spend time has a subtle influence over your state of mind.
    • Consciously we may not be always aware of this; however, you will notice that in some rooms it?s easier to relax and be at peace.
    • If you TIDY UP THE ROOM AND CREATE A PLEASANT ENVIRONMENT, it will make a big difference to your state of mind and enable you to relax.
    • Don’t be reluctant to spend a bit of money on things like AIR-FRESHENERS AND FLOWERS.
    • Spend time TIDYING UP YOUR LIVING/WORK ENVIRONMENT. It is essential to relaxation and will also make you more productive.

    Adapted and edited from:

    1. FYCD
    2. Pickthebrain
    3. Helpguide.org


    Tags: , , ,

  • Craps, My Life As A... 25.02.2009 Comments Off

    bored_frustrated_pink-41

    Ya Allah! Bosan gila hari ni.. haih.. kalau hari-hari bosan macam ni, boleh gila jawabnya. sumpah bosan!

    bukan takde benda yang boleh dibuat time bosan camni.. ada. tapi tu la, dah takde idea nak buat apa.

    baca Quran? kalau boleh baca, rasanya dah tiga empat juzuk saya habiskan. baca Ujang?dah habis baca tak sampai sejam beli pun. buat assignment?dah buat petang tadi sampai ‘jammed’ kepala otak. sms kawan? dah. tapi lagi bengang ada la. saya cukup pantang orang tak reply mesej saya. baik saya jangan sms. tido? hmm.. kalau dah bukan timing dia,tak payah la suruh. takkan lena punya walau pejam macam mana pun..

    hmm..takpe la. cukup la saya dapat merapu dalam blog ni.

    argh,cukup la takat ni saya merapu. oh,ya.. saya off comment pasal ni entri tak bermanfaat. korang nak komen apa sangat pun. kan? hehe. maaf la. otak tengah biol ni.. mula la nak sentimental.. haih.. okay la. chow dulu.

    bye!

    Tags: , ,

  • well,ignore about the title. i don’t even know whether it is right or wrong. i’m just type it.

    actually i am having a semester break right now till the end of this month. i wanna go back to my hometown but too bad i’m broke right now. never mind. i might be going back to my hometown about three weeks from now. maybe [if i have enough money laa]

    spending holidays at home. doing nothing except woke up from bed – online – watch tv – sleep. got two assignments which i’d just downloaded the questions but not print it yet. ahh, too lazy to go out just to print it. haih.. i should start it. i know. but i need to settle few things first.

    yeah..this is life. full of boringness. hahhaha. i’m not complaining about my life. in facts, i’m having such a great yahoo messenging with my goodfriend; Effa. she makes me laugh in the middle of the night. she’s my best buddy who shares all my problems. i’m so glad i had her as my friend.

    okay,that’s all for today. i’ll continue mumbling tomorrow. wahahaha. pity me.. got no where to go and no money to go out. wuhuu..

    have a nice day. adios~

    *update :

    baru je dapat a few photos of my cute niece kejap tadi. sila la lihat.. :razz:

    n607399269_1478746_6124n607399269_1478747_7015n607399269_1478748_7875n607399269_1478853_8184

    Tags: , , , , ,

  • My Diary 18.02.2009 Enter your password to view comments

    This post is password protected. To view it please enter your password below:


    Tags: , , ,

  • Craps, My Diary 16.02.2009 Enter your password to view comments

    This post is password protected. To view it please enter your password below:


    Tags: , , ,