gila ah! dah nak masuk minggu kedua bulan januari pun.saya tahu dah terlalu lambat rasanya nak ucap selamat tapi saya nak ucap jugak la;
SELAMAT TAHUN BARU 2010, kawan-kawan!!
dah lama sangat saya tinggalkan blog ni. bukan sebab saya terlalu sibuk tapi sebab saya tiada mood nak menulis. betullah kata kawan, bila dah lama tak menulis kita jadi hilang minat nak berblog kembali.
2009 dah pun berlalu.
banyak kisah suka dan duka sepanjang tahun lepas yang tak perlu saya panjangkan di sini. oh,ya.. saya baru saja menerima seorang ahli keluarga baru tahun lepas. ya, saya kini dah mempunyai kakak ipar. sebelum ni saya dah ada abang ipar. kemudian anak saudara perempuan. dan terbaru, kakak ipar. lepas ni? errr..bakal suami pulak kot. thehehe
untuk tahun baru ni, saya cuma ada 1 azam sahaja. tahun lepas 3. 2 termakbul. 1 belum. dan yang 1 itulah saya bawa ke tahun ni.
kalau astro sedang rancak menayangkan rancangan the biggest losest Asia; saya pula sedang rancak menambah berat. hoho. oleh sebab ramai yang ambil berat pasal saya, saya sampai tak cukup berat dah. huhuhu. oleh itu, saya perlu menambah beberapa kilogram dalam tahun ni. kamu ada petua tak? sila la kongsikan bersama saya. saya serius mahu gemuk..oh,tidaaak! bukan gemuk. gemuk bunyinya agak menakutkan. oh,tak nak! tak nak!
getting some weight maybe the right words for me. not getting fat la. uish..
till we meet again.
regards;
ixorariana





